Saturday, 27 May 2017

PAUTAN ARTIKEL DAN ULASAN ARTIKEL

ARTIKEL 1

TAJUK ARTIKEL : ASPECTS OF CHILDREN MATHEMATICS ANXIETY

PENULIS ARTIKEL : KAREN NEWSTEAD

ULASAN ARTIKEL


Kajian  ini  dilaksanakan  bagi  murid  yang  berusia  sembilan  hingga  sebelas  tahun  yang  mempunyai  kebimbangan  Matematik. Pelbagai  faktor  kebimbangan  Matematik  dibincangkan  dalam  kajian  ini. Antaranya  ialah  faktor  guru  dan  murid  itu  sendiri. Menurut  penyelidik  kajian,  pendekatan dan teknik  yang  digunakan  oleh  guru  memberi  impak  yang  besar  dalam  diri  murid. Jika  guru  menyampaikan ilmu  Matematik  dengan  rumit, maka lama-kelamaan  murid  tidak  menyukai  subjek  Matematik  kerana  beranggapan  bahawa  susah. Kajian  ini  turut  membandingkan  kebimbangan  Matematik  murid  yang  diajar  dengan kaedah  tradisional  dan murid  yang  diajar  dengan  kaedah  alternatif  yang  menekankan  penyelesaian  masalah  dan  perbincangan.

Selepas  menganalisis  data, kajian  menunjukkan  bahawa  murid  yang  didedahkan dengan  kaedah  alternatif  seperti  penerapan  teknologi  dan  aktiviti  hands-on  melaporkan  tahap  kebimbangan  yang  kurang  berbanding  dengan  murid  yang  didedahkan  dengan  kaedah  tradisional. Kesimpulan  kajian  ini  ialah, guru-guru  Matematik  amat  digalakkan  untuk  menggunakan  pendekatan  alternatif  untuk  membantu  mengurangkan  kebimbangan  Matematik  dan  seterusnya  berupaya  menguasai  Matematik. Guru-guru  harus  merancang RPH  Matematik  dengan  teliti  dan  mempelbagaikan  kaedah  pengajaran  sebagai  langkah  mengatasi  kebimbangan  Matematik  dalam kalangan murid. 


ARTIKEL 2

TAJUK  ARTIKEL : MATHEMATICS ANXIETY AMONG 4th & 5th GRADE TURKISH ELEMENTARY  SCHOOL  STUDENTS

PENULIS  ARTIKEL :  FULYA YUKSEL-SAHIN (2008)

ULASAN  ARTIKEL

Penyelidikan  ini  dijalankan  untuk  mengkaji  pengaruh  jantina, minat terhadap subjek Matematik, minat  terhadap  guru  yang  mengajar  subjek  Matematik, sama  ada  murid  mempunyai  stereotaip  jantina  akan  kejayaan  dalam  Matematik  dan  tahap  pencapaian  Matematik  terhadap  tahap  kebimbangan  Matematik  murid  sekolah  rendah  Turkish. 
Analisis  kajian menunjukkan  bahawa  murid  perempuan  mempunyai  tahap  kebimbangan  Matematik  yang  tinggi  berbanding  dengan  murid  lelaki. Secara  langsung, murid  yang  minat  terhadap  subjek  dan  guru  Matematik  menunjukkan  tahap  kebimbangan  Matematik  yang  rendah. Pendekatan  dan  personaliti  guru  memberi  kesan  yang  mendalam  dalam  kebimbangan  Matematik murid. Guru  yang  berbudi  bahasa  dan  memberi  motivasi  menarik  minat  murid  untuk  belajar  subjek  Matematik. Kebimbangan  Matematik murid tidak  menunjukkan  perbezaan  yang  ketara  mengikut  tahap  gred  dan  stereotaip  jantina  akan  kejayaan  dalam  Matematik.
Untuk mengatasi kebimbangan matematik murid, guru matematik dicadangkan mengaplikasikan kaedah  Woodard, iaitu menyediakan suasana persekitaran yang tidak mengancam dalam bilik darjah. Persekitaran yang selamat dan selesa membolehkan murid belajar dengan gembira dan seronok.




TAJUK ARTIKEL : TAHAP KEBIMBANGAN PELAJAR TERHADAP PENGGUNAAN BAHASA INGGERIS DALAM PROSES PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN MODUL MATEMATIK.

PENULIS ARTIKEL : GK Marriappen Kanamma, Rajiv Raj, Rajeswari

ULASAN  ARTIKEL

Kajian  ini  dijalankan  bertujuan  untuk  mengkaji  tahap  kebimbangan  pelajar  politeknik  terhadap  penggunaan  Bahasa  Inggeris  dalam proses  pengajaran  dan  pembelajaran. Para  pengkaji  ingin  melihat  perbezaan  tahap  kebimbangan  pelajar  berdasarkan  faktor  demografi  jantina, jurusan  dan  etnik. Keputusan  kebimbangan  Matematik memberikan  impak  ke  atas pencapaian  pelajar.
Kajian  ini  melibatkan  100  orang  pelajar  politeknik  dari  dua buah  politeknik  di  Utara  Semenanjung  Malaysia. Kajian  boleh  digunakan  sebagai  satu  rujukan  terhadap  pengajaran  dalam Bahasa  Inggeris  dalam  mata pelajaran Matematik. Pelajar  yang  menggunakan  Bahasa  Inggeris  untuk  matapelajaran  Matematik  mengalami  kebimbangan  yang tinggi. Menurut  penyelidik, hal  ini  harus  dipandang  serius  dan  harus  diberi  perhatian  serius  oleh  golongan  pendidik. Pendidikan hendaklah berteraskan model insan yang lebih mengutamakan potensi pelajar yang berwibawa, kreatif, kritis, berketrampilan, menyelesaikan masalah dan menyerlahkan potensi insan. Matlamat Wawasan 2020 dan Falsafah Pendidikan Kebangsaan untuk melahirkan insan yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani dapat dicapai jika semua pihak memainkan peranan untuk mengurangkan kebimbangan pelajar terhadap mata pelajaran matematik kejuruteraan .

No comments:

Post a Comment